Monday, December 29, 2008

Salam 1430 H+2009 M = tahun tahun baru....

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lalu....
Ingatlah...ajal itu semakin dekat dengan kita...
persoalannya adakah kita bersedia?...

Saturday, December 13, 2008

Changing humans

1. Insya Allah saya menggunakan medium blog saya ini untuk me'narrowkan view' saya supaya sampai kepada penyelesaian yang saya mampu fikirkan berkenaan dengan tajuk:

"Apakah kaedah yang paling berkesan dalam mendidik manusia?"

Maka saya harapkan para pembaca dapat bersabar kerana saya akan melontarkan segala yang terlintas di fikiran maka mungkin akan menjadi tidak tersusun. Dan akhirnya menyebabkan posting ini meleret...

2. Baiklah dalam analisis saya ini, segalanya adalah berdasarkan aqal logika, pengalaman dan bahan pembacaan yang amat terhad sekali. Maka mungkin maklumat atau keputusan kajian ini adalah tidak begitu jitu. However for the sake of sharpening my mind, for the sake of not leaving it in a static manner, I think it is worth a try. Plus, this analysis is not going to stop here. It is going to be a long one and hopefully it will reach it's destination.

3. Mari kita menarik nafas sebentar lalu hembuskan perlahan-lahan. Tiada apa yang ada di minda anda.... Kosong... Nothing...Gelap gelita....tiba-tiba Muncul sebuah bulatan berwarna putih...kecil dari jauh....makin anda dekati makin besar ia....barulah anda sedar, ianya sebuah jam....

4. Dan jam itu kemudiannya berputar. Jarum saatnya kedengaran sedetik, demi sedetik...Semakin lama detikan semakin cepat...ianya berputar dari satu saat ke satu minit, dari satu minit ke satu jama dari satu jam ia berputar berjam-jam sehinggakan ia kembali perlahan...anda melihat satu dimensi yang berwarna putih...Lalu anda melihat diri anda berbaju kemeja dan bertali leher...kelihatannya anda seorang guru.....suasana sekeliling menjadi sebuah kelas.

5. Tiba-tiba entah dari mana datangnya, muncul seorang pelajar di depan anda. dalam lingkungan 18 tahun. Dia sedang mencari identiti dirinya. dia bertanya kepada anda ke mana harus dia pergi? dan imej budak ini berubah ubah.....

Sekejap 'alim, berjubah berserban

Sekejap zalim, berseluar jeans, ber'singlet' hitam dan lambang tengkorak pada bajunya

Sekejap gaya seorang nerd, bercermin mata bingkai tebal, berbaju kemeja dan seluar diangkat sehingga di atas pusat

Sekejap selekeh

Bermacam-macam imej.....

Dalam hati anda sekarang...bagaimanakah anda hendak membawanya ke jalan yang benar....bagaimana....bagaimana.....hanya itu persoalan yang bermain di minda anda
...bagaimana....

InsyaAllah bermula dari sekarang kita akan fokus hanya pada persoalan.... Bagaimana hendak mendidik manusia dengan berkesan...

6.

Saturday, November 22, 2008

Apabila dacing berat sebelah...


1. Hassan al-Banna pernah menyatakan dalam kitabnya “Risalah at-Ta’lim”;

“Kewajipan yang perlu kita sempurnakan adalah lebih banyak dari masa yang kita ada. Maka sepatutnya tidak ada satu saat yang kita biarkan ianya berlalu tanpa kita menggunakannya dengan melakukan perkara berfaedah.”


2. Baru-baru ini, saya cuba menyenaraikan senarai peranan/ roles yang saya pikul...astaghfiruLlah...memang banyak. Saya boleh senaraikan 12 tugasan yang berasingan yang saya pikul.


3. Antara tugasan itu termasuklah

i. 'Abid

ii. Pelajar Kursus Kejuruteraan Elektrik

iii. Mahasiswa

iv. Naqib kepada usrah yang saya pimpin

v. Ahli Usrah yang saya ikuti

vi. Tanggungjawab saya kepada keluarga

vii. Tanggungjawab saya kepada rakan-rakan

viii. Ahli Rumah yang saya diami (Darul Muslihin)

ix. Seorang Muta'allim (pelajar) dalam ilmu Islam khusunya

x. Tanggungjawab kepada diri saya khususnya dalam membina keupayaan diri untuk mencapai cita-cita saya

xi. Presiden PPI UNITEN

xii. Tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi


4. Saya berpendapat ada lagi banyak sebenarnya peranan saya yang gagal saya senaraikan. Ini hanyalah untuk masa dan ketika ini. Saya tidak menyenaraikan peranan yang mendatang. Saya yakin bilangan peranan ini mampu berubah mengikut masa.


5. Dan untuk setiap peranan yang saya senaraikan, saya punyai matlamat/goals tertentu. Stephen R Covey menyatakan salah satu cara untuk menjadi efektif ialah dengan menyenaraikan roles & goals dalam bukunya "7 habits of highly effective people"


6. Berdasarkan pengalaman, dalam nak mencapai matlamat untuk tiap-tiap peranan yang saya ada ini, jarum jam berputar dan terus berputar membuat beberapa putaran dalam sekelip mata. Sungguh cepat. Tak sempat habis tugasan ini datang tugasan lain pula. Tak sempat nak capai satu matlamat, ajal pula menjemput kita. Dan waktu itulah ditentukan samada tercapai atau tidak matlamat hakiki kita sebagai hamba, syurga atau neraka, redha atau murka Yang Mencipta.


7. Maka benarlah kata-kata Hasan Al-Banna tadi. Apatah lagi sebagai seorang dai'e di akhir zaman ini. Masih ramai yang memerlukan kita sebagai orang tengah dalam menemui hidayah Allah.


8. Dan tidak sepatutnya kita membazir masa dengan perkara-perkara tidak penting. Bagi kita, tiada waktu lapang untuk seorang dai'e.


Wallahu A'lam

Thursday, October 30, 2008

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.

1. Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


2. Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


3. Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


4. Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh



*SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN...

Saturday, October 18, 2008

Petua menanam pokok!



Benih yang baik macam mana sekali pun, kalau tidak dijaga, akan buruk juga
Jadi menjadi tanggung jawab penjaga untuk menjaga benih tu dengan baik

Jangankan kerana tidak baiknya penjagaan kita, benih itu tak jadi pokok yang baik
Lebih tidak baik, kita salahkan benih baik itu sebab jadi pokok buruk
Lalu kita biarkan benih baik yang jadi pokok buruk itu untuk terus memburuk dipanjat beruk
Tak baiknya kita

Adakah kita lupa benih itu kita pernah kategorikan benih ini benih yang baik
Adakah kita lupa benih baik itu kita tak jaga dengan baik
Tak sedarnya kita

Jadi jagalah benih baik ini baik-baik
Percayalah! benih baik ini akan jadi pokok yang baik kalau dijaga dengan baik
Percaya sebaik-baiknya

Jangan seesekali kita hilang kepercayaan baik ini
Lalu kita tidak bertindak dengan baik

Wahai penanam-penanam dan penjaga-penjaga pokok yang baik
Katakan baik-baik dengan benih baik anda
Wahai benih, besar dengan baik ya, nanti bila besar jadi pokok baik-baik
Marilah berbaik-baik

Sabda Nabi saw

"Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibubapalah yang mengyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya."

-Hadith riwayat Bukhari drp Abu Hurairah




Maka, kepada para Dai'e yang juga menggalas tanggungjawab Murabbi...
Da'wah mad'u kita dengan baik
Sampai mereka mahu ikut Islam
Kalau mereka mahu ikut Islam
Tarbiah mereka pula untuk terus jadi orang Islam yang kuat
Tarbiah baik-baik
Dai'e dan Murabbi dekat nak macam ibu bapa juga
Kita mampu mengyahudikan atau menasranikan atau memajusikan mad'u kita

Wednesday, October 15, 2008

Apa punca permasalahan penduduk dunia kini

Salam masalah,

Kemiskinan??? Peperangan??? Gejala sosial melampau??? Kepadatan??? Gangsterism, Vandalism, Bunuhlism, Rogolism, Buang anak lism dan dsb lism....

Kalau saya berkesempatan, ingin saya nukilkan 1001 masalah yang menjauhkan kita daripada membina satu negara yang sempura. Namun, bak kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, "Masa yang kita ada adalah sedikit berbanding dengan tanggungjawab yang dipikul." Apa reaksi kita terhadap masalah-masalah ini?

Kalau anda pengemar filem lakonan Robin Williams, pasti anda akan bertemu salah satu filem lakonan beliau bertajuk "Patch Adam". Satu filem yang mempamerkan falsafah yang sangat menarik. Filem ini sebenarnya diadaptasi daripada kisah benar seorang doktor yang bernama Dr. Hunter Campbell "Patch" Adam.

Filem ini bagi saya sungguh menghiburkan, tidak terlalu berat. Dalam masa yang sama, penuh makna. Kisah bagaimana seorang doktor cuba untuk menyembuhkan pesakit-pesakitnya melalui cara lain dari lain. Dengan cara bermain-main. Percaya? Berjayakah dia? Kenalah tengok sendiri ya...

<---Dr. Hunter 'Patch' Adam yang betul!!!

Apa yang paling menarik saya ialah salah satu skrip yang saya petikdari filem ini yang ingin saya kaitkan dengan topik perbincangan kita pada kali ini...

"You're focusing on the problem. If you focus on the problem, you can't see the solution. Never focus on the problem!"
-Kamu tumpu pada masalahnya. Kalau kamu tumpu pada masalahnya, kamu takkan nampak jalan penyelesaiannya. Jangan tumpu pada masalahnya!
Percaya atau tidak, kata-kata inilah yang disampaikan oleh seorang pesakit mental kepada seorang doktor yang akhirnya mengubah hidup doktor ini(Dr. Hunter "Patch" Adam)

Maka marilah kita fokus pada penyelesaiannya dan mulakan kerja ke arah itu. Maka apakah cara penyelesaiannya ...

"Sesungguhnya deen (cara hidup) yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam" Ali Imran 3:19


rujukan:
http://www.imdb.com/title/tt0129290/ - ulasan filem Patch Adam
http://en.wikipedia.org/wiki/Patch_Adams - kisah hidup Patch Adam

Wednesday, September 24, 2008

Aku peminat Michael Owen yang suka score last minutes...



Salam last minute,

sekarang ni dah last minutes ramadhan.....
jam skarang dah menunjukkan last minutes waktu bersahur.....
aku pulak study untuk kuiz 'emd' pagi ni last minutes....
dan aku pulak peminat Michael Owen (Newcastle United) yang suka score last minutes....

Kalau anda mengikuti perkembangan bola sepak dunia, nama Michael Owen mungkin sudah biasa bagi anda. Bekas pemain Liverpool dan Real Madrid ini pernah menjulang gelaran Pemain Terbaik Eropah satu ketika dahulu dan mula menggegarkan dunia apabila dia melakukan 'solo run' sebelum menjaringkan gol ketika pasukan kebangsaannya England menentang Argentina yang pada ketika itu dia masih muda remaja (18 tahun) di kejohanan Piala Dunia 1998.

Pemain ini kalau diperhatikan komennya sungguh tenang apabila memberikan ulasan untuk setiap situasi mahupun kontrovesi. Itulah sebabnya sesetengah orang menggelarkannya 'budak baik'

Pagi ni aku berkesempatan melihat perlawanan antara pasukannya (Newcastle United) menentang Tottenham Hotspur(Spurs) di kejohanan Piala Liga(Carling Cup). Perlawanan berkesudahan Spurs menang 2-1 ke atas Newcastle. Owen berjaya menyumbangkan satu gol saguhati buat Newcastle walaupun kalah pada minit-minit akhir perlawanan.

Dalam benak hati aku."Grrr, budak baik ni selalu sangat score last minutes...kan dah kalah". Memang kalu diperhatikan, dia memang score last minutes. Masa England lawan Argentina dalam satu perlawanan persahabatan sekitar tahun 2006 yang berkesudahan England 3-2 Argentina, Owen menjaringkan 2 gol di minit-minit akhir perlawanan (tapi menang). Dua minggu lepas, ketika Newcastle mengalahkan Coventry City 3-2, gol kemenangan Owen datang di minit-minit akhir perlawanan. Senang cerita banyak gol Owen ini datang di hujung perlawanan. Ada kalanya menang dan ada kalanya kalah. Kalau menang kita lega. Kalau kalah???

Begitu juga dengan Ramadhan yang kita ada ini. Kita sekarang sedang berada di minit-minit akhir Ramadhan. Kalau kita berjaya terbangun satu malam dan temui Lailatul Qadr (Malam Seribu Bulan) tanpa sengaja, InsyaAllah kita berjaya mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Dalam erti kata lain, kita menang (yey!!!). Itu cuma nasib baik. Tapi kalau kita mengharapkan kita beramal hanya pada satu malam. Andaikata bukan malam Lailatul Qadr, ganjarannya tidak sama seperti malam Lailatul Qadr itu.(Saya tidak kata kita kalah tapi kita tak menang besar)

Jadi langkah selamat yang kita boleh ambil ialah bangunlah dan beramallah pada 10 malam terakhir ini. Bukan satu malam sahaja. Bukan satu gol sahaja. Kalau boleh sumbatlah sebanyak mana gol yang anda boleh sumbat. Bangunlah sebanyak mana yang anda boleh bangun. Kerana minit-minit terakhir ini adalah minit-minit yang sangat genting dan kritikal sekali.


"Bangunlah (untuk beribadah) pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)"

Al Muzzammil 73:2

"[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. "

Al Qadr 97:1-3

p/s - Kalaulah Owen sumbat 2 gol malam tadi, mesti keputusan jadi Newcastle menang 3-2. Tapi malang hanya satu gol disumbat... :P

Monday, September 22, 2008

Perutusan Syawal 1429H buat warga UNITEN

As Salamu 'Alaikum dan Salam Sejahtera

Sedar tidak sedar,bulan Ramadhan 1429H tiba di waktu senjanya, gerbang Syawal menyusul tiba. Pasti ramai yang mengalir air mata, merintih sayu, menangisi pemergian bulan mulia ini. Soalnya adakah matlamat mencapai tahap “taqwa” sebagaimana firman Allah dalam al Baqarah ayat ke-183 itu sudah terlaksana? Tepuk dada, tanyalah iman. Jangan biarkan tarbiah Ramadhan kita menjadi sia-sia apabila tiba Syawal nanti. Moga perubahan yang besar berlaku kepada kita.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah dan takziah kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) yang baru. Tahniah kerana dipilih Allah untuk memimpin. Takziah kerana terpaksa memikul amanah yang menjadi bebanan di akhirat kelak.

Nabi pernah bersabda “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu aku disoal tentang kepimpinannya”.

Maka ketahuilah amanah ini dari Allah untuk agama Allah. Maka ketahuilah sebelah kaki sahabat berada di syurga dan sebelah lagi berada di neraka. Maka laksanakan tugas kalian dengan penuh amanah untuk kebaikan agama Islam yang dicintai.

Saya juga berdoa’a agar insyaAllah kerjasama yang mantap yang telah wujud antara MPP dan PPI dapat diteruskan lagi selepas ini.

Sebelum saya mengakhiri kata-kata saya , menjadi adat bila tiba syawal, masyarakat Islam Malaysia akan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Di kesempatan ini saya mewakili seluruh warga PPI ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin” buat seluruh warga UNITEN.

Was Salamu ‘Alaikum

Alahu Akbar-Allahu Akbar-Allahu Akbar-Walillahil Hamd


Saturday, September 20, 2008

Do'a Wehdah


لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون


لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين

لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت

بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر




Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALlah Maha Besar


____________________________________

Doa ini merupakan suatu penyaksian dan pengagongan kita kepada kekuasaan Allah swt.Kita meyakini dan kita mengakui akan kebesaran Allah swt.Maka ianya boleh dibaca pada bila-bila saja dan dalam apa jua situasi dan keadaan.

Wednesday, September 17, 2008

Sabotaj, beginikah budaya politik kampus UNITEN?

Assalamu'Alaikum dan salam sejahtera

Kini, UNITEN sedang berada dalam satu suasana yang sungguh hangat iaitu Pilihan Raya MPP UNITEN. Mahasiswa-mahasiswa UNITEN sedang berada dalam situasi memilih pimpinan mereka.

Malangnya niat murni ini dicemari dengan tindakan-tindakan bagi saya tidak bertika dan kotor. Terbaru poster calon-calon dijatuhkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab termasuklah antara poster yang dijatuhkan poster calon dari PPI calon nombor 12 dan 13. Barangkali wujud lagi bala tentera syaitan di bulan mulia ini. Saya kesal dengan tindakan ini.

Tapi inilah hakikat perjuangan Islam. Mesti ada ujian. Al-ankabut ayat kedua berkata begitu. Sirah nabi juga berkata begitu. Saya berharap agar para mujahid-mujahid Islam terus bersabar dalam membawa Islam di bumi ini. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.Wassalam


Membantu mengangkat semula poster yang jatuh. Poster calon 12 dan 13 disabotaj oleh golongan tak bertanggungjawab.


Semangat setiakawan ajaran Islam. Saya sedang mengangkat semula poster calon 5 dan calon 3 yang dijatuhkan

Wednesday, July 2, 2008

Saiful was not even registered as a member of the university’s Islamic Club

An Open Letter for New Straits Times(NST) –

Saiful was not even registered as a member of the university’s Islamic Club

I am writing in response to Regina Lee’s article (on NST) titled “Anwar accuser a 'genuine guy’“dated 2nd July 2008. The article quote a guy (Daniel) saying that Saiful Bukhari (the accuser in Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy case) had been active in the university’s Islamic club. On behalf of The University Tenaga Nasional (UNITEN) Islamic Studies Society (PPI), I would like to deny the statement made by Daniel. The statement is clearly a false statement and I belief it has created a confusion among those who read it.

Saiful had never been a member of the university’s Islamic Club which is PPI and had never been actively involved in the club’s activity. I have looked through the database of the club’s members and Saiful’s name is not there. I have also asked some of the former PPI’s leader to check whether Saiful had registered before. The answer turned out to be ‘no”. Saiful had never registered as a member nor had been actively involved in the club.

This has created confusion among some people especially those who read it and those who had been in PPI. We do not want them to get false information regarding what is happening in the country. Furthermore it also affects the good name of the club by involving the club in the sodomy case.

I am not saying Saiful is not a ‘genuine guy’ or Daniel was telling lie. Perhaps there is some misunderstanding involved. However, what more important is NST’s credibility is at stake here. People will start to question the ability of such a big mass media company like NST to deliver the right and true information. Soon people will doubt the news published on NST and stop buying NST newspapers. I see this as a threat for NST and we do not want that to happen.

Thus, I urged the editor of NST to make a statement correcting what has been told on the article for the benefits of both of us. Thank You for your cooperation.

Dzar-Abdullah Bin Amir

President,

UNITEN Islamic Studies Society (PPI)

Monday, May 12, 2008

Teknologi semakin maju, daie bagaimana??

Selamat,

Saya kini sedang berada di atas bas plusliner, perjalanan dari kulim ke kuala lumpur. Apa yang menarik ialah, saya dapat menggunakan internet!!! Di atas highway!! Dan sedang berjalan.

Dengan menggunakan maxis broadband wireless ini, kegiatan menggunakan internet semakin mudah. Walaupun sambungannya tidaklah sestabil sambungan di rumah, ianya tetap memuaskan, ia adalah satu perkara yang boleh saya katakan satu langkah ke hadapan.... Tahniah Malaysia!!!

Kepada Daie-daie, anda mempunyai salah satu medium yang amat berguna kini

sekian

Saturday, May 10, 2008

Rintihan Dan Doa Seorang Hamba...

Ya Allah...

Aku adalah hambaMu yang sangat lemah...
Aku tahu ni'matMu padaku tak terhitung banyaknya...
Aku mengerti ganjaran besar menanti buat mereka yang bersyukur...
Aku sedar seksa pedih buat mereka yang kufur...

Namun, sekadar tahu tak mampu membawa diri ini ditempatkan disisi rasulMu di syurga nanti...
Ramai yang tahu tempat mereka di neraka...

Ya Alllah, aku pohon padaMu ya Allah,
Tempatkanlah aku di sisi rasulMu ya Allah,
Peliharalah diri ini dari segala amalan yang menjerumuskan aku ke dalam seksa apiMu ya Allah,

Allahumma nawwir qulubana binuri hidayatik, kama nawwartal Ardha binurisy syamsik, abadan, abada birahmatika ya Arhamar Rahimin.....

Ya Allah terangilah hati-hati kami ini dengan cahaya hidayahMu
seperti Engkau terangi dunia ini dengan cahaya matahariMu
buat selama-lamanya dengan rahmatMu
Wahai Pengasih paling mengasihani antara semua pengasih...

Tempatkanlah aku di sisi rasulullah SAW...

Wednesday, April 9, 2008

Dr. Aidh al Qarni






DR. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI adalah salah satu ulama muda terkenal di Arab Saudi.

Penulis kelahiran 1379 H (1960 M) ini memiliki nama lengkap Dr. 'Aidh Abdullah bin 'Aidh al-Qarni dari keluarga Majdu' al-Qarni. Nama al-Qarni adalah penisbatan tempat kelahirannya, sebuah daerah di selatan Arab Saudi.


Perjalanan menjadi ulama'

Beliau menuntut di madrasah Ibtidaiyah Ali Salman, kemudian di Ma'had Ilmi. Beliau kemudiannya menamatkan program sarjana muda (Lc) pada tahun 1403H-1404H(dalam umur 24 tahun), sarjana (M.A.) dalam bidang Hadits Nabi tahun 1408 H(28 tahun) dengan tesis berjudul al-Bid'ah wa Atsaruha fi ad-Dirayah wa ar-Riwayah (Pengaruh Bid'ah terhadap ilmu Dirayah dan Riwayah Hadits) dan doktor pada 1422H(42 tahun) dengan judul tesis "Dirasah wa Tahqiq Kitab al-Mafhum 'Ala Shahih Muslim li al-Qurthubi" (Pengajjian dan Analisis Kitab al-Mafhum 'Ala Shahih Muslim karya al-Qurthubi). Semuanya dari Universiti Islam Imam Muhammad bin Su'ud, Riyadh.


Kehebatan Al-Qarni

Beliau menghafal Al-Qur'an (yang merupakan syarat
mutlak sebagai mahasiswa di Saudi Arabia, pada umumnya) dan kitab
Bulughul Maram, serta telah mengajarkan 5.000 hadith dan 10000 bait syair kuno dan moden. Sekitar 1.000-an judul kaset yang berisi ceramah agama, kuliah, serta kumpulan puisi dan syair karangannya telah diterbitkan.

Kelebihan Syaikh al-Qarni adalah beliau mendalami ilmu syariah dan dakwah dan juga mendalami ilmu tafsir seperti Ibnu Katsir, At-Thabari, al-Qurthubi, Zaadu al-Masiir Ibnul
Jauzi, al-Kassyaf karya Az-Zamakhsyari, bahkan tafsir Fi Dzilalil Qur'an milik Sayyid Qutb.

Selain mendalami ilmu al-Qur'an, beliau juga mendalami ilmu hadith secara fokus.
Dalam catatannya, Syaikh al-Qarni menyelesaikan pembahasan kitab Bulugh al-Maraam
sebanyak lebih dari 50 kali. Beliau juga mengajarkan pengajian hadits Mukhtashar
al-Bukhari, Mukhtashar Muslim, al-Muntakhab, al-Lu'lu wa al-Marjan dan
lainnya di berbagai masjid.

Beliau juga mengajarkan ilmu aqidah,sirah dan fiqh dalam pengajiannya di pelbagai masjid.




Kontrovesi Panas

Keberaniannya menyuarakan kebenaran juga sempat membuatkan beliau merasa jeruji besi pemerintah Al-Saud. Beliau dan kawan-kawan ulama mudanya berani berteriak lantang menentang kehadiran pasukan Amerika Serikat di Arab Saudi atas undangan pemerintah Al-Saud.

Syeikh al Qarni dikenali sebagai tokoh yang disebut orang berani mengeluarkan
pendapat, meskipun ianya selalu mengundang kontroversi. Misalnya, beliau pernah
menyatakan bahawa pendapat yang melarang wanita memandu itu bukan
masalah prinsip dalam agama Islam. Beliau mengatakan, "Jika saya diajukan
pilihan apakah sebaiknya wanita memandu kereta atau dia pergi dengan pemandu
asing (bukan mahram) berdua di dalam kereta, pasti saya memilih agar
wanita itulah yang sebaiknya memandu keretanya sendiri."



Jihad: tulisan dan da'wah

Beliau juga penulis buku "La Tahzan"(Bestseller-perlu baca), "30 Tips Hidup Bahagia", "Berbahagialah : Tips Menggapai Kebahagiaan Dunia Akhirat", "Menjadi Wanita Paling Bahagia", "Muhammad Ka annaka Tara", "Bagaimana Mengakhiri Hari-Harimu" dan banyak lagi.

Beliau pernah berkata:
Tiap petang saya selalu menyiapkan waktu untuk keluarga selama 2-3 jam. Tiap Jumaat saya libur total, kecuali kegiatan da'wah. Selain itu, pagi saya membaca di perpustakaan. Usai shalat Dzuhur saya menulis, 4-5 halaman. Habis Maghrib biasanya saya berda'wah. Saya mengisi acara da'wah di televisyen (Saudi Arabia). Kegiatan da'wah ini biasa juga dimulai selesai 'Asar hingga Isya'. Saya mengisi acara dialog interaktif di televisiyen
(dari : Republika Online)


Beberapa syair dari beliau :

"Kutanamkan di dalamnya mutiara,
hingga tiba saatnya ia dapat menyinari tanpa mentari
dan berjalan di malam hari tanpa rembulan.
Karena kedua matanya ibarat sihir dan keningnya laksana pedang buatan India
Milik Allah-lah setiap bulu mata, leher dan kulit yang indah mempesona..."

--------------------------------------

"Betapapun kulukiskan keagungan-Mu dengan deretan huruf,
Kekudusan-Mu tetap meliputi semua arwah
Engkau tetap yang Maha Agung, sedang semua makna,
akan lebur, mencair, ditengah keagungan-Mu, wahai Rabb ku"



Lain-lain :

Dr. Aidh Abdullah AlQarni menarik diri dari bidang da'wah?

Dr. Aidh Abdullah AlQarni kembali berda'wah?


Temuduga Dr. Aidh Abdullah AlQarni - menjawab tuduhan-tuduhan terhadap beliau

Kitab-kitab karangan Dr. Aidh Abdullah AlQarni

Dr Aidh AlQarni: Da'i Zaman Sekarang Harusnya Masuk Wilayah Politik, tapi....

wassalam

Wednesday, March 5, 2008

Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, kezaliman, penindasan dari musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.

Dalam sejarah Islam, qunut nazilah sering dilakukan baginda Rasulullah SAW dan Khulafa Rasyidin yang empat. Pada permulaan Hijrah, baginda membaca qunut nazilah untuk keselamatan Ayyasy, al-Walid dan Salamah yang berpakat hijrah dengan melarikan diri dari Makkah ke Madinah.

Imam at-Tirmidzi berkata: "Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq bin Rahawaih telah berkata: "Tidak ada qunut dalam solat Fajar (Shubuh) kecuali bila terjadi Nazilah (musibah) yang menimpa kaum Muslimin. Maka, apabila telah terjadi sesuatu, hendaklah Imam mendo'akan kemenangan bagi tentera-tentera kaum Muslimin."


Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’ada inawa nauzubilLahi min syuruurihim,Allahumma baddad syamlahum, wa farriq jam’ahum,wa syattit kalimatahum,wa zalzil aqdaamahum,wa sallidt ‘alaihim kalban min kilabikYa Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim,Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.Allahumma ya munzilal kitab,wa Ya mujriassahaab,wa Ya hazimal Ahzabihzimhum, ihzimhum, ihzinmhumwansurna 'alaihim


Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,Leburkanlah kumpulan mereka

Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka

Goncangkan pendirian mereka

Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka

Wahai Tuhan yang gagah perkasaWahai Tuhan yang Maha Kuat

Wahai Tuhan yang ada bersifat murka

Ya Allah Ya Allah Ya Allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab

Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Thursday, February 28, 2008

Wahai Mujahid - Berjuang untuk berkorban

Dalam usrah semalam, saya mengajak ahli-ahli usrah untuk mengenang kembali berapa kali kami mengingati Allah sepanjang seminggu kami tidak bertemu. Tidak dapat dinafikan, peringatan ini merupakan peringatan buat diri sendiri.

Baru pagi ini, saya memasang lagu kumpulan 'The Zikr', kumpulan Raihan sebelum dikenali dengan nama Raihan. Suara Nazrey yang serak-serak basah ini benar-benar mencucuk qalbu saya. Kata-kata lirik yang disampaikan seolah-olah ditujukan kepada saya. Saya senaraikan antara petikan-petikan kata yang benar-menar menyentuh jiwa saya, saya sarankan sahabat sekalian dengar lagu-lagu ini di kamar sahabat sendirian:

1)Mengemis Kasih -
"Tuhan, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmatMu melangit luas, Harga selautan syukurku hanyalah setitis nikmatMu di bumi "

2)Wahai Mujahid -
"Memang berjuang itu terkorban, kerana kita berjuang untuk berkorban, itulah asam garam perjuangan, syarat mencapai cinta Allah"
"Tempuhilah penderitaan di dalam perjuangan, kerana itu adalah penghapus dosamu"

Aku adalah insan biasa yang lemah, tak lari dari kesilapan, tak lari dari kesalahan, tak lari dari dosa noda. Salah mentadbir diri, salah mentadbir keluarga, salah mentadbir saudara-mara, salah mentadbir rakan-taulan, salah mentadbir mereka di bawah pimpinan, salah-salah-salah...

Aku ingin jadi macam Rasulullah, insan kekasih Allah. Insan yang paling dikasihi dan diredhai Allah. Siapa yang tidak ingin jadi sepertinya.

Aku cuba berjuang mencapai Redha Allah. Berjuang dengan tenaga, fikiran, dan masa. Perjuangan ini pahit. Aku tak mampu jadi seperti sahabat lain. Gembira di dunia. Mereka punyai masa untuk bersenang. Tapi, aku tidak, begitu mahal cinta dan redha Allah ini. Inilah jalan yang aku pilih. Jalan ini jugalah pernah dilalui oleh Rasulullah. Jalan Penderitaan.

Jalan ini tidak mudah. Jasad menjadi letih, 'Aqal juga begitu. Terpaksa aku ke hulu dan ke hilir jalan ini. Tidak kurang juga waktu aku ditekan ditolak, hanya sabar menjadi peneman. Moga penderitaan yang aku lalui ini menjadi penghapus dosaku...

Ya Allah moga minggu ini lebih baik dari minggu yang lepas...