Wednesday, April 9, 2008

Dr. Aidh al Qarni






DR. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI adalah salah satu ulama muda terkenal di Arab Saudi.

Penulis kelahiran 1379 H (1960 M) ini memiliki nama lengkap Dr. 'Aidh Abdullah bin 'Aidh al-Qarni dari keluarga Majdu' al-Qarni. Nama al-Qarni adalah penisbatan tempat kelahirannya, sebuah daerah di selatan Arab Saudi.


Perjalanan menjadi ulama'

Beliau menuntut di madrasah Ibtidaiyah Ali Salman, kemudian di Ma'had Ilmi. Beliau kemudiannya menamatkan program sarjana muda (Lc) pada tahun 1403H-1404H(dalam umur 24 tahun), sarjana (M.A.) dalam bidang Hadits Nabi tahun 1408 H(28 tahun) dengan tesis berjudul al-Bid'ah wa Atsaruha fi ad-Dirayah wa ar-Riwayah (Pengaruh Bid'ah terhadap ilmu Dirayah dan Riwayah Hadits) dan doktor pada 1422H(42 tahun) dengan judul tesis "Dirasah wa Tahqiq Kitab al-Mafhum 'Ala Shahih Muslim li al-Qurthubi" (Pengajjian dan Analisis Kitab al-Mafhum 'Ala Shahih Muslim karya al-Qurthubi). Semuanya dari Universiti Islam Imam Muhammad bin Su'ud, Riyadh.


Kehebatan Al-Qarni

Beliau menghafal Al-Qur'an (yang merupakan syarat
mutlak sebagai mahasiswa di Saudi Arabia, pada umumnya) dan kitab
Bulughul Maram, serta telah mengajarkan 5.000 hadith dan 10000 bait syair kuno dan moden. Sekitar 1.000-an judul kaset yang berisi ceramah agama, kuliah, serta kumpulan puisi dan syair karangannya telah diterbitkan.

Kelebihan Syaikh al-Qarni adalah beliau mendalami ilmu syariah dan dakwah dan juga mendalami ilmu tafsir seperti Ibnu Katsir, At-Thabari, al-Qurthubi, Zaadu al-Masiir Ibnul
Jauzi, al-Kassyaf karya Az-Zamakhsyari, bahkan tafsir Fi Dzilalil Qur'an milik Sayyid Qutb.

Selain mendalami ilmu al-Qur'an, beliau juga mendalami ilmu hadith secara fokus.
Dalam catatannya, Syaikh al-Qarni menyelesaikan pembahasan kitab Bulugh al-Maraam
sebanyak lebih dari 50 kali. Beliau juga mengajarkan pengajian hadits Mukhtashar
al-Bukhari, Mukhtashar Muslim, al-Muntakhab, al-Lu'lu wa al-Marjan dan
lainnya di berbagai masjid.

Beliau juga mengajarkan ilmu aqidah,sirah dan fiqh dalam pengajiannya di pelbagai masjid.




Kontrovesi Panas

Keberaniannya menyuarakan kebenaran juga sempat membuatkan beliau merasa jeruji besi pemerintah Al-Saud. Beliau dan kawan-kawan ulama mudanya berani berteriak lantang menentang kehadiran pasukan Amerika Serikat di Arab Saudi atas undangan pemerintah Al-Saud.

Syeikh al Qarni dikenali sebagai tokoh yang disebut orang berani mengeluarkan
pendapat, meskipun ianya selalu mengundang kontroversi. Misalnya, beliau pernah
menyatakan bahawa pendapat yang melarang wanita memandu itu bukan
masalah prinsip dalam agama Islam. Beliau mengatakan, "Jika saya diajukan
pilihan apakah sebaiknya wanita memandu kereta atau dia pergi dengan pemandu
asing (bukan mahram) berdua di dalam kereta, pasti saya memilih agar
wanita itulah yang sebaiknya memandu keretanya sendiri."



Jihad: tulisan dan da'wah

Beliau juga penulis buku "La Tahzan"(Bestseller-perlu baca), "30 Tips Hidup Bahagia", "Berbahagialah : Tips Menggapai Kebahagiaan Dunia Akhirat", "Menjadi Wanita Paling Bahagia", "Muhammad Ka annaka Tara", "Bagaimana Mengakhiri Hari-Harimu" dan banyak lagi.

Beliau pernah berkata:
Tiap petang saya selalu menyiapkan waktu untuk keluarga selama 2-3 jam. Tiap Jumaat saya libur total, kecuali kegiatan da'wah. Selain itu, pagi saya membaca di perpustakaan. Usai shalat Dzuhur saya menulis, 4-5 halaman. Habis Maghrib biasanya saya berda'wah. Saya mengisi acara da'wah di televisyen (Saudi Arabia). Kegiatan da'wah ini biasa juga dimulai selesai 'Asar hingga Isya'. Saya mengisi acara dialog interaktif di televisiyen
(dari : Republika Online)


Beberapa syair dari beliau :

"Kutanamkan di dalamnya mutiara,
hingga tiba saatnya ia dapat menyinari tanpa mentari
dan berjalan di malam hari tanpa rembulan.
Karena kedua matanya ibarat sihir dan keningnya laksana pedang buatan India
Milik Allah-lah setiap bulu mata, leher dan kulit yang indah mempesona..."

--------------------------------------

"Betapapun kulukiskan keagungan-Mu dengan deretan huruf,
Kekudusan-Mu tetap meliputi semua arwah
Engkau tetap yang Maha Agung, sedang semua makna,
akan lebur, mencair, ditengah keagungan-Mu, wahai Rabb ku"



Lain-lain :

Dr. Aidh Abdullah AlQarni menarik diri dari bidang da'wah?

Dr. Aidh Abdullah AlQarni kembali berda'wah?


Temuduga Dr. Aidh Abdullah AlQarni - menjawab tuduhan-tuduhan terhadap beliau

Kitab-kitab karangan Dr. Aidh Abdullah AlQarni

Dr Aidh AlQarni: Da'i Zaman Sekarang Harusnya Masuk Wilayah Politik, tapi....

wassalam

3 comments:

Cahaya Bulan said...

Assalamualaikum.. saya sedang membuat entry tentang buku lah tahdzan karangan Dr. Aidh, kira2 hendak menulis sedikit tentang biodata penulis.. saya harap saudara benarkan saya untuk copy sedikit tentang beliau dalam blog saudara ni.. :)

rrohadatulaisy said...

assalamualaikum wbt...saya juga sedang membaca buku karangan dr aidh al qari yg bertajuk 'pesanan untuk orang yang berdosa' dan bukunya sangat bagus..namun baru tadi saya ada terjumpa satu halaman mengatakan yang dr ini difatwa sesat..cuba cari 'sheikh dr 'aidh al qarni difatwa sesatoleh salafy dan anda ader comment mengenainya?

Unknown said...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ