Wednesday, September 24, 2008

Aku peminat Michael Owen yang suka score last minutes...



Salam last minute,

sekarang ni dah last minutes ramadhan.....
jam skarang dah menunjukkan last minutes waktu bersahur.....
aku pulak study untuk kuiz 'emd' pagi ni last minutes....
dan aku pulak peminat Michael Owen (Newcastle United) yang suka score last minutes....

Kalau anda mengikuti perkembangan bola sepak dunia, nama Michael Owen mungkin sudah biasa bagi anda. Bekas pemain Liverpool dan Real Madrid ini pernah menjulang gelaran Pemain Terbaik Eropah satu ketika dahulu dan mula menggegarkan dunia apabila dia melakukan 'solo run' sebelum menjaringkan gol ketika pasukan kebangsaannya England menentang Argentina yang pada ketika itu dia masih muda remaja (18 tahun) di kejohanan Piala Dunia 1998.

Pemain ini kalau diperhatikan komennya sungguh tenang apabila memberikan ulasan untuk setiap situasi mahupun kontrovesi. Itulah sebabnya sesetengah orang menggelarkannya 'budak baik'

Pagi ni aku berkesempatan melihat perlawanan antara pasukannya (Newcastle United) menentang Tottenham Hotspur(Spurs) di kejohanan Piala Liga(Carling Cup). Perlawanan berkesudahan Spurs menang 2-1 ke atas Newcastle. Owen berjaya menyumbangkan satu gol saguhati buat Newcastle walaupun kalah pada minit-minit akhir perlawanan.

Dalam benak hati aku."Grrr, budak baik ni selalu sangat score last minutes...kan dah kalah". Memang kalu diperhatikan, dia memang score last minutes. Masa England lawan Argentina dalam satu perlawanan persahabatan sekitar tahun 2006 yang berkesudahan England 3-2 Argentina, Owen menjaringkan 2 gol di minit-minit akhir perlawanan (tapi menang). Dua minggu lepas, ketika Newcastle mengalahkan Coventry City 3-2, gol kemenangan Owen datang di minit-minit akhir perlawanan. Senang cerita banyak gol Owen ini datang di hujung perlawanan. Ada kalanya menang dan ada kalanya kalah. Kalau menang kita lega. Kalau kalah???

Begitu juga dengan Ramadhan yang kita ada ini. Kita sekarang sedang berada di minit-minit akhir Ramadhan. Kalau kita berjaya terbangun satu malam dan temui Lailatul Qadr (Malam Seribu Bulan) tanpa sengaja, InsyaAllah kita berjaya mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Dalam erti kata lain, kita menang (yey!!!). Itu cuma nasib baik. Tapi kalau kita mengharapkan kita beramal hanya pada satu malam. Andaikata bukan malam Lailatul Qadr, ganjarannya tidak sama seperti malam Lailatul Qadr itu.(Saya tidak kata kita kalah tapi kita tak menang besar)

Jadi langkah selamat yang kita boleh ambil ialah bangunlah dan beramallah pada 10 malam terakhir ini. Bukan satu malam sahaja. Bukan satu gol sahaja. Kalau boleh sumbatlah sebanyak mana gol yang anda boleh sumbat. Bangunlah sebanyak mana yang anda boleh bangun. Kerana minit-minit terakhir ini adalah minit-minit yang sangat genting dan kritikal sekali.


"Bangunlah (untuk beribadah) pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)"

Al Muzzammil 73:2

"[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. "

Al Qadr 97:1-3

p/s - Kalaulah Owen sumbat 2 gol malam tadi, mesti keputusan jadi Newcastle menang 3-2. Tapi malang hanya satu gol disumbat... :P

Monday, September 22, 2008

Perutusan Syawal 1429H buat warga UNITEN

As Salamu 'Alaikum dan Salam Sejahtera

Sedar tidak sedar,bulan Ramadhan 1429H tiba di waktu senjanya, gerbang Syawal menyusul tiba. Pasti ramai yang mengalir air mata, merintih sayu, menangisi pemergian bulan mulia ini. Soalnya adakah matlamat mencapai tahap “taqwa” sebagaimana firman Allah dalam al Baqarah ayat ke-183 itu sudah terlaksana? Tepuk dada, tanyalah iman. Jangan biarkan tarbiah Ramadhan kita menjadi sia-sia apabila tiba Syawal nanti. Moga perubahan yang besar berlaku kepada kita.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah dan takziah kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) yang baru. Tahniah kerana dipilih Allah untuk memimpin. Takziah kerana terpaksa memikul amanah yang menjadi bebanan di akhirat kelak.

Nabi pernah bersabda “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu aku disoal tentang kepimpinannya”.

Maka ketahuilah amanah ini dari Allah untuk agama Allah. Maka ketahuilah sebelah kaki sahabat berada di syurga dan sebelah lagi berada di neraka. Maka laksanakan tugas kalian dengan penuh amanah untuk kebaikan agama Islam yang dicintai.

Saya juga berdoa’a agar insyaAllah kerjasama yang mantap yang telah wujud antara MPP dan PPI dapat diteruskan lagi selepas ini.

Sebelum saya mengakhiri kata-kata saya , menjadi adat bila tiba syawal, masyarakat Islam Malaysia akan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Di kesempatan ini saya mewakili seluruh warga PPI ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin” buat seluruh warga UNITEN.

Was Salamu ‘Alaikum

Alahu Akbar-Allahu Akbar-Allahu Akbar-Walillahil Hamd


Saturday, September 20, 2008

Do'a Wehdah


لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون


لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين

لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت

بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر




Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALlah Maha Besar


____________________________________

Doa ini merupakan suatu penyaksian dan pengagongan kita kepada kekuasaan Allah swt.Kita meyakini dan kita mengakui akan kebesaran Allah swt.Maka ianya boleh dibaca pada bila-bila saja dan dalam apa jua situasi dan keadaan.

Wednesday, September 17, 2008

Sabotaj, beginikah budaya politik kampus UNITEN?

Assalamu'Alaikum dan salam sejahtera

Kini, UNITEN sedang berada dalam satu suasana yang sungguh hangat iaitu Pilihan Raya MPP UNITEN. Mahasiswa-mahasiswa UNITEN sedang berada dalam situasi memilih pimpinan mereka.

Malangnya niat murni ini dicemari dengan tindakan-tindakan bagi saya tidak bertika dan kotor. Terbaru poster calon-calon dijatuhkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab termasuklah antara poster yang dijatuhkan poster calon dari PPI calon nombor 12 dan 13. Barangkali wujud lagi bala tentera syaitan di bulan mulia ini. Saya kesal dengan tindakan ini.

Tapi inilah hakikat perjuangan Islam. Mesti ada ujian. Al-ankabut ayat kedua berkata begitu. Sirah nabi juga berkata begitu. Saya berharap agar para mujahid-mujahid Islam terus bersabar dalam membawa Islam di bumi ini. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.Wassalam


Membantu mengangkat semula poster yang jatuh. Poster calon 12 dan 13 disabotaj oleh golongan tak bertanggungjawab.


Semangat setiakawan ajaran Islam. Saya sedang mengangkat semula poster calon 5 dan calon 3 yang dijatuhkan