Saturday, November 22, 2008

Apabila dacing berat sebelah...


1. Hassan al-Banna pernah menyatakan dalam kitabnya “Risalah at-Ta’lim”;

“Kewajipan yang perlu kita sempurnakan adalah lebih banyak dari masa yang kita ada. Maka sepatutnya tidak ada satu saat yang kita biarkan ianya berlalu tanpa kita menggunakannya dengan melakukan perkara berfaedah.”


2. Baru-baru ini, saya cuba menyenaraikan senarai peranan/ roles yang saya pikul...astaghfiruLlah...memang banyak. Saya boleh senaraikan 12 tugasan yang berasingan yang saya pikul.


3. Antara tugasan itu termasuklah

i. 'Abid

ii. Pelajar Kursus Kejuruteraan Elektrik

iii. Mahasiswa

iv. Naqib kepada usrah yang saya pimpin

v. Ahli Usrah yang saya ikuti

vi. Tanggungjawab saya kepada keluarga

vii. Tanggungjawab saya kepada rakan-rakan

viii. Ahli Rumah yang saya diami (Darul Muslihin)

ix. Seorang Muta'allim (pelajar) dalam ilmu Islam khusunya

x. Tanggungjawab kepada diri saya khususnya dalam membina keupayaan diri untuk mencapai cita-cita saya

xi. Presiden PPI UNITEN

xii. Tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi


4. Saya berpendapat ada lagi banyak sebenarnya peranan saya yang gagal saya senaraikan. Ini hanyalah untuk masa dan ketika ini. Saya tidak menyenaraikan peranan yang mendatang. Saya yakin bilangan peranan ini mampu berubah mengikut masa.


5. Dan untuk setiap peranan yang saya senaraikan, saya punyai matlamat/goals tertentu. Stephen R Covey menyatakan salah satu cara untuk menjadi efektif ialah dengan menyenaraikan roles & goals dalam bukunya "7 habits of highly effective people"


6. Berdasarkan pengalaman, dalam nak mencapai matlamat untuk tiap-tiap peranan yang saya ada ini, jarum jam berputar dan terus berputar membuat beberapa putaran dalam sekelip mata. Sungguh cepat. Tak sempat habis tugasan ini datang tugasan lain pula. Tak sempat nak capai satu matlamat, ajal pula menjemput kita. Dan waktu itulah ditentukan samada tercapai atau tidak matlamat hakiki kita sebagai hamba, syurga atau neraka, redha atau murka Yang Mencipta.


7. Maka benarlah kata-kata Hasan Al-Banna tadi. Apatah lagi sebagai seorang dai'e di akhir zaman ini. Masih ramai yang memerlukan kita sebagai orang tengah dalam menemui hidayah Allah.


8. Dan tidak sepatutnya kita membazir masa dengan perkara-perkara tidak penting. Bagi kita, tiada waktu lapang untuk seorang dai'e.


Wallahu A'lam