Thursday, March 19, 2009

Al Fatihah buat guruku...

"Ustaz KA meninggal. Baru 5 minit tadi dapat tahu" Beritahu abang Aiman . Tersentak aku dibuatnya. Fikiran melayang saat aku bersama Ustaz. Tak sangka dai'e,mujahid semuda itu cepat Allah tarik nyawanya.

Takziah buat keluarga Ustaz Khairul Azhar yang baru menghembuskan nafas terakhir setelah diuji dengan Allah dengan denggi.

Aku buka Utusan Online. "
12,179 kes denggi dicatatkan di seluruh negara"...

Tak sangka dari angka itu, seorang daripadanya adalah guruku...Al Fatihah~
"Setiap yang bernafas itu akan merassa maut" Dzar, Ingat mati banyak-banyak. Jangan suka buat dosa, jangan suka buat lagho. Kehidupan dunia tak lama...

Tuesday, March 17, 2009

Perutusan Sempena Peperiksaan Akhir Semester

Perutusan Sempena Peperiksaan Akhir Semester


Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera


Kaifa Halukum? Saya harap sahabat-sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya pasti kalian sedang sibuk mempersiapkan diri untuk ‘final exam’. Saya mewakili seluruh warga PPI mendoakan agar kalian berjaya menghadapi peperiksaan ini dengan cemerlang. Ma’at Taufiq Wan Najah. Good Luck!


Cuma saya rasa perlu saya bawa satu isu kepada sahabat-sahabat sebelum sahabat-sahabat menghadapi peperiksaan nanti. Isu yang dimaksudkan adalah keredhaan guru.


Saya percaya ramai di kalangan kita terhutang budi dengan pensyarah kita. Malah mungkin ada segelintir kita secara sengaja atau tidak telah melukakan hati mereka. Kita mungkin terlepas kelas akibat tertidur ataupun kita tertidur dalam kelas. Mungkin juga kita tidak menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas.


Maka dengan itu, marilah kita gunakan kesempatan ini untuk memohon maaf dari para pensyarah kita dan mendoakan insan-insan yang telah berkorban untuk kita ini. Nabi pernah bersabda


“Barangsiapa telah berbuat kebaikan kepadamu, maka balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati apa yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdo’alah untuknya hingga engkau menganggap bahwa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya.” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad)


Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memohon maaf dari para pendidik atas segala kesalahan yang pernah saya lakukan secara sedar atau tidak. Semoga Allah memberkati kalian atas segala usaha kalian. Amin.


InsyaAllah sebagai kesimpulan, perutusan ini merupakan perutusan yang terakhir untuk semester ini, maka saya turut ingin meminta maaf andaikata terdapat sebarang kekurangan dari pihak kami sepanjang semester ini.


Sekian, Wassalam.

Dzar-Abdullah Bin Amir

Presiden

Persatuan Pengajian Islam 08/09

Sunday, March 15, 2009

PPI bakal menyinar di alley bowling.

As Salamu 'Alaikum
Salam Sejahtera

Semalam berlangsunglah pertandingan bowling antara kelab-kelab UNITEN anjuran kerjasama MPP, PPI dan Kelab Bowling. Sebelum saya meneruskan tulisan saya, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada MPP dan kelab bowling serta kesemua urusetia. Ia merupakan satu acara yang sungguh menarik dan bermanfaat.

Keputusannya agak mengecewakan bagi kontijen PPI.
Tempat Pertama jatuh kepada kelab bowling (malu kalau kalah), kedua jatuh kepada MPP dan ketiga PingPong (mereka berbakat dari seringan-ringan bola sehingga ke seberat-berat bola). Tahniah diucapkan buat yang berjaya.
Dari kiri: Due, Ziandi, Pudin, Afiq,Saya, Hariz,Syakir,Ijam

Buat kontijen PPI, tidak mengapa, boleh cuba lagi. Bagi saya, kita bermain agak baik, sebenarnya kita antara pasukan terbaik juga sebenarnya. Mungkin tempat ke5 atau ke6 dari keseluruhan pasukan yang bertanding. Tahniah diucapkan buat kalian. Apa-apa pun kita bersyukur kepada Allah dengan rezeki yang diperolehi kerana kejayaan yang sebenar ialah kejayaan di sisiNya.

Friday, March 13, 2009

Berakhirnya satu penilaian, bermulanya satu perjuangan...

As Salamu 'Alaikum & Salam sejahtera
Menjadi lumrah manusia ini pelupa dan perlu sentiasa diingatkan. Alangkah benar sekali kenyataan ini kerana Allah sendiri telah berfirman - Ingatkanlah, sesungguhnya peringatan itu membawa manfaat kepada merka yang beriman (Adz-Dzariyat 55)


Mu'tamar PPI UNITEN MUADZAM SHAH KE 7
Itulah perkara baru dihadapi oleh sahabat-sahabat saya dari UNITEN Kampus Muadzam Shah semalam 13/3/09. Mereka baru sahaja diperingati dan dinilai dalam Mu'tamar Ke 7. Mu'tamar ini mempunyai maksud yang tersirat iaitu muhasabah. Saya percaya insyaAllah mereka mampu merealisasikan slogan mereka "Lestarikan diri ke arah Isl
am Hakiki". Saya percaya mereka mampu untuk melakukan lestari dan Islah dengan berakhirnya mu'tamar semalam.

Bermulanya satu perjuangan baru saf pimpinan yang baru dilantik ini
Saf baru ini dipimpin saudara Shafiq, bekas exco Musolla ini telah menggantikan saf Haziq. Shafiq dibantu oleh Muiz dan Faezah serta sahabat-sahabat lain yang masing-masing berpengalaman dan layak bagi saya dalam meneruskan rantai-rantai perjuangan Islam ini.



Tahniah dan Takziah saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang baru dilantik. Ingatlah taklifan yang berat terpikul di bahu kalian. Lakukanlah yang terbaik...InsyaAllah....

Saya mewakili PPI UNITEN Putrajaya dengan berbesar hati mengalu-alukan kerjasama antara kita. InsyaAllah juga kita saling bantu-membantu dalam membawa perjuangan Islam ini. Semoga "Di mana Bumi Dipijak, Di situ Islam Tertegak".

Wassalam



Tuesday, March 10, 2009

Kertas dinding baru?


As Salamu 'Alaikum wbt

Salam Sejahtera


Tak tahu kenapa, saya ketagih dengan photoshop semenjak 2 menjak ini.... so i think it would be nice for me to share it with you guys my latest masterpiece - the kertas dinding(wallpaper) i've crated. Please feel free to comment
.

Sunday, March 8, 2009

Perutusan Presiden sempena Maulidur Rasul 1430H

As Salamu ‘alaikum dan Salam Sejahtera

12 Rabi’ul Awal, rata-rata masyarakat muslim Malaysia menyambut ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW. Saya mewakili Persatuan Pengajian Islam UNITEN berbesar hati mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam. Semoga kita dapat menyelusuri setiap tingkah laku manusia agung ini.

Saya rasa kita perlu tahu bahawa tarikh kelahiran ini masih lagi menjadi perselisihan antara ‘ulama. Apa yang pasti dan disepakati, 12 Rabi’ul Awal merupakan tarikh pemergian Rasul kita yang dicintai. Eloklah kita mengingati semula saat-saat itu. Bagaimana Nabi Muhammad menyerlahkan kecintaan beliau kepada kita semua. Kalimat yang terucap ketika itu – ummati, ummati, ummati – tanda risau dan kasihnya baginda terhadap kita umatnya.

Maka apakah cinta itu kita balas? Apa yang kita lakukan untuk beliau? Berapa banyak kita berselawat? Berapa banyak Sunnahnya yang kita ikut? Sejauh mana kita mengikuti sirah hidupnya? Maka sahabat-sahabat, saya menyeru kepada sahabat-sahabat, agar kita tidak membiarkan Rasulullah bertepuk sebelah tangan.

Jangan kita lupa pengorbanan baginda. Dipukul, dicerca, dipulau – satu ujian yang kita sendiri tak mampu harungi, untuk siapa? Untuk kita semua, agar kita berbahagia dengan nikmat Iman dan Islam.

Sabda Rasulullah dalam Haji Perpisahan:
Aku tinggalkan sesuatu bagi kamu sekalian. Jika kamu berpegang teguh dengan apa yang aku tinggalkan itu, maka kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Kitab Allah (Al-Quran ) dan sunnah nabiNya (Al-Hadis ).

|Maka, marilah kita kembali dalam mengikuti ajarannya. Marilah kita mengikuti Sunnahnya. Marilah kita memperbanyakkan amalan kita. Semoga dengan ini, Rasulullah akan memberikan syafaat baginda kepada kita. Amin

Wassalam.

Dzar-Abdullah Bin Amir
Presiden,
Persatuan Pengajian Islam (PPI) UNITEN
Sesi 2008/2009

Penghargaan buat kaum hawa...Istimewa sempena Hari Wanita Sedunia...

As Salamu ‘Alaikum Wa RahmatUllahi Wabarakatuh.

Secara terus terang saya minta maaf terlebih dahulu, kerana mungkin artikel ini akan menyebabkan beberapa orang berasa kurang senang. Tapi ini adalah pendapat saya yang dangkal. Setiap perkataan boleh diterima dan ditolak kecuali kata-kata Nabi Muhammad SAW.


Baiklah, saya kata terus terang saya adalah jenis yang kekok dengan kaum hawa apatah lagi yang sebaya. Mungkin ini adalah kerana cara saya dibesarkan, agak syadid(ketat). Tidak perlu saya ceritakan cari kami ditarbiah di KISAS dahulu. Sehinggakan saya memegang prinsip, kalau nak bercakap dengan muslimat, cakap benda-benda mengenai kerja sahaja. Berpasangan jauh sekali.


Tetapi di hari yang agak signifikan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua kaum wanita di seluruh dunia khususnya keluarga terdekat; Ummi, Tok, Mak Nek makcik-makcik. Tak lupa juga sahabiah-sahabiah PPI yang banyak berjasa kepada Islam, agama yang dicintai.


Saya sebenar cukup terharu bercampur cemburu melihatkan setiap keringat dan air mata yang tumpah dari sahabiah-sahabiah. Lama saya pendam perasaan ini, Serikandi lepas menjadi kemuncak kepada perasaan saya ini. Bagi saya sahabiah-sahabiah sekalian telah menjalankan satu usaha yang sangat luar biasa. Terus terang saya katakan, saya tak mampu lagi rasanya memimpin kaum muslimin mencapai apa yang sahabiah-sahabiah capai tetapi sahabiah-sahabiah di bawah pimpinan saudari Safiah berjaya.


Malah saya lihat serikandi ini menjadi benchmark kepada kita untuk program bulan Julai nanti iaitu G2K. Pihak muslimin bolehlah belajar dari kaum muslimat ini bagaimana nak dapatkan penaja? Bagaimana nak buat pameran, bagaimana nak buat kaunter. Kita agak tercabar dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh kaum Hawa. Harapan saya kaum muslimin dapat membuat yang lebih baik pada G2K nanti. Ini cabaran buat kita. Ingat! ARRIJAL QAWWAMUNA ‘ALAN NISA’ ....maka buktilah kaum Adam sekalian.


Mungkin sahabiah-sahabiah merasakan serikandi kurang berjaya, saya nasihatkan agar sahabiah-sahabiah jangan merasakan begitu. Allah tidak melihat berapa ramai peserta yang hadir program kalian, tapi Allah melihat sejauh mana ke’SUNGGUH’an dan ke’IKHLAS’an kalian dalam berda’wah melalui medium Serikandi itu.


Kalau kita letakkan kegagalan pada bilangan nescaya Rasulullah juga dikategori sebagai pendakwah yang gagal kerana Rasulullah hanya berjaya menarik kira-kira 40 orang dalam masa 3 tahun. Tapi Rasulullah tidak gagal, bahkan baginda Manusia paling berjaya di kalangan manusia. Ini kerana baginda ikhlas dan bersungguh. Baginda sanggup terima batu dari kaum Thaif sehingga berdarah seluruh badan dan tidak membalas seksaan kepada kaum itu walaupun ditawar oleh malaikat. Baginda sanggup bercakap tanpa henti tentang Islam. Tak mengapalah kita mungkin dapat mempelajari lebih tentang kehidupan baginda yang dicontohi esok waktu maulud nabi InsyaAllah. Tetapi yang saya ingin sampaikan ialah percayalah, andaikata sahabiah-sahabiah sekalian bersungguh dan ikhlas dalam menjayakan serikandi, nescaya sahabiah-sahabiah BERJAYA. Ganjaran besar yang pasti di syurga kelak. Percayalah, yakinilah, berimanlah!


Maka saya harapkan agar sahabiah-sahabiah sekalian tidak putus asa dalam berda’wah dan berkerja serta beramal untuk Islam. Bantulah PPI dalam menyebarluaskan kefahaman Islam kepada seluruh masyarakat kampus. Fastaqim Kama Umirta. Istiqamahlah sepertiman yang di arahkan.


Tahniah untuk SERIKANDI!!! Terima kasih tidak terhingga...Saya doakan yang terbaik buat kalian. Amin...

Wassalam