Tuesday, December 29, 2009

Luasnya Dunia!!!



"I do not know what I may appear to the world; but to myself I seem to have been only like a boy playing on the seashore, and diverting myself in now and then finding a smoother pebble or a prettier shell than ordinary, whilst the great ocean of truth lay all undiscovered before me."

-- Isaac Newton

Monday, December 21, 2009

Sepagi bersama Imam Abu Hanifah

Beliau adalah tidak bersetuju dengan tindak-tanduk politik Abu Ja'far Al-Mansur. Menurut Daud bin Rasyid Al-Wasiti: "Aku pernah menyaksikan imam Abu Hanifah diseksa. Tiap kali beliau dikeluarkan dari bilik tahanan, beliau dipukul 10 kali. Penderaan itu berulang hingga sebanyak 110 pukulan. Kemudian apabila ia merasakan apabila pukulan itu berterusan, Imam Abu Hanifah akan berdo'a dengan suara yang rendah: "Ya Allah! Jauhkanlah aku dari bencana mereka dengan qudratMu." Melihatkan beliau masih terus dengan sikapnya, maka akhirnya beliaupun diracuni.

Sesungguhnya Imam Abu Hanifah adalah seorang yang tabah dan gigih dalam jihad dan perjuangannya ; walaupun ketika hendak menghembuskan nafas yang terakhir, beliau sempat berwasiat untuk ditanam di tanah perkuburan yang baik yang tidak pernah berlaku rompapkan di atasnya ataupun dirompak oleh penguasa.

Diriwayatkan apabila kisah Imam Abu Hanifah sampai ke pengetahuan Abi Ja'far yang memerintah ketika itu ia mengeluh dan berkata: "Siapakah gerangan yang dapat membebaskan aku dari dakwaaan Abu Hanifah semasa hidup dan matinya."



Petikan tadi saya petik dari kitab Bahtera Penyelamat karya Fathi Yakan. Bagi saya sangat menarik!

Kesimpulan yang saya dapat buat ialah - "Ish Kariman Au Mut Syahidan"

Dalam perjuangan da'wah ini hanya ada dua kesudahan yang saya akan berbangga dengannya iaitulah :

1. ''ish kariman' - Hidup Mulia
Hidup akan jadi mulia apabila Islam diletakkan pada tempatnya iaitulah tempat yang teratas

2. 'Mut Syahidan' - Mati Syahid
Saya akan sentiasa berdoa saya digolongkan dalam golongan yang syahid seperti mana syahidnya Imam Abu Hanifah. Kerana inilah kesudahan yang mulia di sisi Allah. Semoga Aku bertemu denganMu dengan wajah yang tenang Ya Tuhanku

Qumu Ya Syababul Islam Ma'a Ruhi Jihadikum!!! Takbir

Sunday, December 20, 2009

Saya dapat lihat masa lampau!!!


Assalamu 'Alaikum wbt
dan salam sejahtera



Saya dapat lihat masa lampau? Saya dapat lihat pertarungan Abang Tuah dengan Abang Jebat? Saya dapat tengok stratergi Hang Tuah, macam mana dia mengelak tikaman Jebat lalu dia perputar membuat satu 'back flip' untuk terus meneroboskan kerisnya ke jantung jebat di bahagian lalu terputuslah vena kava Hang Jebat?

Benarkah begitu? Alangkah menariknya kalau kita dapat melihat masa lampau dan dapat melihat kembali apa yang benar-benar telah terjadi dalam sejarah. Kita dapat menilai kembali sejarah yang mana yang benar dan yang mana diselewengkan dan akhirnya kita dapat tahu siapa yang baik siapa yang jahat. Tuah atau Jebat? Churchil atau Hitler? Saddam atau Bush?

Hari ini saya nak bawa sahabat-sahabat untuk berfikir dan memutarkan pemikiran lalu mencanai-canaikan pemikiran lalu dibina semula pemikiran itu menjadi satu pemikiran di luar kotak penalti yang terbatas.

Hari ini kita akan gabungkan sains dan sejarah. Saya akan cuba gunakan teori sains untuk mengkaji sejarah. Mari kita panjangkan imiginasi kita.

Kita belajar dalam sains - POCOE (Principle of Conservation of Energy)- Tenaga tidak boleh dicipta, dihapuskan tetapi hanya boleh berubah bentuk. Dan salah satu bentuk tenaga adalah tenaga cahaya.

Tenaga cahaya inilah yang membolehkan kita melihat apa yang di sekeliling kita. Saya terbayang, apakah yang terjadi pada tenaga cahaya di zaman Hang Tuah. Kepada bentuk apakah ia telah berubah? Kalau mengikut POCOE, tenaga itu mesti ada lagi, cuma dalam satu bentuk yang baru setelah melalui pelbagai proses perubahan. Mungkinkah sekarang tenaga itu adalah dalam bentuk tenaga haba yang keluar dari badan kita sekarang ini?

Saya terbayang bolehkah kita mengenal pasti zarah-zarah tenaga dan bolehkah kita mengubah tenaga kepada bentuk sebelumnya? Kalau boleh, tidak mustahil untuk kita menangkap semula tenaga cahaya zaman Hang Tuah dan memaparkannya dalam LCD. Wah sungguh hebat kalau perkara ini benar-benar mampu terjadi.

Kalau perkara itu mampu dilakukan, saya rasa tak mustahil juga bagi kita untuk menyoroti kembali sirah nabi, dapat melihat kembali peristiwa Hijrah, Badar, Uhud...hmmm?

Barangkali kita juga dapat lihat bagaimana dinosaur pupus dan benarkah Hang Tuah Fail SPM ? hehe...ke laut, ke laut....

Thursday, December 17, 2009

Blog Ukhti!!!

Saya berbesar hati menjemput sahabat-sahabat untuk melawat blog adik saya di

http://khadijahamir.blogspot.com

dipersilakan untuk mengkomen ya....

Wednesday, December 16, 2009

Reactive Power - What and Why?

I am totally exhausted today. The day was very long, yet it was so pack. However, that doesn't stop me from sharing what I have learned today.

I remember the day when Pn. Halimatun asked my EEPB 383 class, what is reactive power? That is a week ago, but only today i discover the answer...

So guys, here are some quotes that might help you guys in understanding the concept of reactive power that i picked from a power point presentation that i got from the internet.

“Reactive power (vars) is required to maintain
the voltage to deliver active power (watts)
through transmission lines. Motor loads and
other loads require reactive power to convert
the flow of electrons into useful work. When
there is not enough reactive power, the voltage
sags down and it is not possible to push the
power demanded by loads through the lines.”


Reactive Power is a Byproduct of
Alternating Current (AC) Systems

• Transformers, transmission lines, and motors
require reactive power
• Transformers and transmission lines introduce
inductance as well as resistance
Both oppose the flow of current
• Must raise the voltage higher to push the power
through the inductance of the lines
Unless capacitance is introduced to offset inductance
• The farther the transmission of power, the higher the
voltage needs to be raised
• Electric motors need reactive power to produce
magnetic fields for their operation


Reactive Power in the News
(New York Times, Sept. 26, 2003)
“Experts now think that on Aug. 14, northern Ohio had a
severe shortage of reactive power, which ultimately
caused the power plant and transmission line failures
that set the blackout in motion. Demand for reactive
power was unusually high because of a large volume of
long-distance transmissions streaming through Ohio to
areas, including Canada, than needed to import power
to meet local demand. But the supply of reactive power
was low because some plants were out of service and,
possibly, because other plants were not producing
enough of it.”



Reactive power and the August 14th Blackout

• Several hours before, First Energy noticed low voltage
A sign of insufficient reactive power
Subsequently, increased VAR production at nine of its plants
Low voltage shut down the Eastlake plant
• About two hours before, brush fire in southwest Ohio knocked
out a power line
Redirected power on the system
Changed need for reactive power on other lines
• About one hour before, power lines between Cleveland and
southern Ohio tripped
• Few minutes before blackout, all links between northern Ohio
and southern Ohio shut down
Known for some time as reactive power weak spot


Reactive Power Limitations
• Reactive power does not travel very far
• Usually necessary to produce it close to the
location where it is needed
• A supplier/source close to the location of the
need is in a much better position to provide
reactive power
versus one that is located far from the location of the
need
• Reactive power supplies are closely tied to the
ability to deliver real or active power



So guys, i hope this information might bring benefit to you guys someday :)

Tuesday, December 15, 2009

Mari Belajar Bahasa Arab!!!

Ma ismuka? - Apa nama kamu?

Ma 'ammarak? - Berapa umur kamu?

Umri wahid wa 'ishrun - Umur saya 21 tahun

Ma takhasasuka fi hazihil jama'ah? - Apa bidang kamu dalam universiti ini

Takhasasi al-handasah al-kahraba-i-yah wal iliktronik - Bidang saya kejuruteraan elektrik dan elektronik

Al-handasah al-quwatul kahraba-i-yah - Kejuruteraan elektrik kuasa

Al-handasah al-mikanikiah - Kejuruteraan mekanikal

Al-handasah al-madaniah - Kejuruteraan awam

Fi aiyi madinah taskun? - Di bandar mana kamu tinggal?

Ma hiya madinatuka - Apa dia bandar kamu?

Ma hiya biladatuka - Apa dia negeri kamu?