Friday, July 2, 2010

Jangan Takut!!!


Idea baru melintasi pemikiran saya. Ia menyebabkan saya tersentak. Benak hati saya berbisik : “ Dzar, apa kata kau pakai serban ke kelas buka semester nanti?” Saya berfikir sejenak. Apa salahnya?

Ianya adalah sesuatu yang baru bagi saya Ia adalah satu perubahan. Satu hijrah! Mampukah saya lakukan? Perasaan takut dan segan segera menutupi segala deria.

Saya pernah tengok Faris dan Abang Khairul ke kelas dan tempat kerja berserban. Secara jujurnya saya sangat cemburu dengan mereka. Mereka berjaya melakukan satu perubahan. Tidakkah mereka segan atau takut.

Saya terasa ingin sangat berserban atas beberapa sebab:-

1. Ianya pakaian sunnah. Melakukannya adalah satu sunnah. Senang kata, anda dapat pahala ekstra dengan melakukannya. Bukankah dapat melakukan satu sunnah itu satu kemanisan.

2. Saya berasa tidak puas hati apabila pakaian barat dijadikan pakaian formal. Mengapa bukan pakaian sunnah, pakaian Islam menjadi pakaian rasmi Malaysia? Dengan melakukan sedimikian identiti Islam semakin terhakis dari masyarakat Malaysia. Tulisan jawi atau tulisan arab bukan lagi tulisan rasmi Negara kita. Satu persatu identiti Islam mula pudar dari hidup masyarakat kita. Oleh itu saya berazam hendak jadikan identiti Islam sebagai identiti rasmi masyarakat kita semula!

Saya sangat memandang tinggi dan menghormati sesetengah dari pemimpin Negara kita terutamanya dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana keberanian mereka mengenakan pakaian sunnah dalam majlis-majlis rasmi. Dengan berbuat demikian, mereka menunjukkan identiti Islam masih mampu untuk dikekalkan.

3. Saya ingin melakukan perubahan supaya rakan-rakan lain tidak segan melakukan perubahan. Barangkali sebahagian dari kita segan untuk berubah menjadi baik takut-takut menjadi bahan bualan sahabat-sahabat sekeliling. Saya nak tunjukkan kepada semua, “Jangan takut buat perubahan!” Kalau anda bukan kaki surau jangan segan untuk melangkah ke surau. Kalau anda tidak bertudung, jangan segan untuk bertudung! Kalau anda bertudung biasa jangan takut untuk bertudung labuh! Saya akan tunjukkan kepada kalian kita tidak perlu takut untuk membuat perubahan!

Jadi sahabat-sahabat, jangan segan untuk berubah. Saya yakin kita mampu lakukannya