Friday, July 2, 2010

Jangan Takut!!!


Idea baru melintasi pemikiran saya. Ia menyebabkan saya tersentak. Benak hati saya berbisik : “ Dzar, apa kata kau pakai serban ke kelas buka semester nanti?” Saya berfikir sejenak. Apa salahnya?

Ianya adalah sesuatu yang baru bagi saya Ia adalah satu perubahan. Satu hijrah! Mampukah saya lakukan? Perasaan takut dan segan segera menutupi segala deria.

Saya pernah tengok Faris dan Abang Khairul ke kelas dan tempat kerja berserban. Secara jujurnya saya sangat cemburu dengan mereka. Mereka berjaya melakukan satu perubahan. Tidakkah mereka segan atau takut.

Saya terasa ingin sangat berserban atas beberapa sebab:-

1. Ianya pakaian sunnah. Melakukannya adalah satu sunnah. Senang kata, anda dapat pahala ekstra dengan melakukannya. Bukankah dapat melakukan satu sunnah itu satu kemanisan.

2. Saya berasa tidak puas hati apabila pakaian barat dijadikan pakaian formal. Mengapa bukan pakaian sunnah, pakaian Islam menjadi pakaian rasmi Malaysia? Dengan melakukan sedimikian identiti Islam semakin terhakis dari masyarakat Malaysia. Tulisan jawi atau tulisan arab bukan lagi tulisan rasmi Negara kita. Satu persatu identiti Islam mula pudar dari hidup masyarakat kita. Oleh itu saya berazam hendak jadikan identiti Islam sebagai identiti rasmi masyarakat kita semula!

Saya sangat memandang tinggi dan menghormati sesetengah dari pemimpin Negara kita terutamanya dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana keberanian mereka mengenakan pakaian sunnah dalam majlis-majlis rasmi. Dengan berbuat demikian, mereka menunjukkan identiti Islam masih mampu untuk dikekalkan.

3. Saya ingin melakukan perubahan supaya rakan-rakan lain tidak segan melakukan perubahan. Barangkali sebahagian dari kita segan untuk berubah menjadi baik takut-takut menjadi bahan bualan sahabat-sahabat sekeliling. Saya nak tunjukkan kepada semua, “Jangan takut buat perubahan!” Kalau anda bukan kaki surau jangan segan untuk melangkah ke surau. Kalau anda tidak bertudung, jangan segan untuk bertudung! Kalau anda bertudung biasa jangan takut untuk bertudung labuh! Saya akan tunjukkan kepada kalian kita tidak perlu takut untuk membuat perubahan!

Jadi sahabat-sahabat, jangan segan untuk berubah. Saya yakin kita mampu lakukannya

2 comments:

Jihadist said...

Dzar...ada benda yang kita xbuat bukan sbb kita takut nk buat..tapi suasana perlu kita ikuti, sebab suasana tidak selalu boleh ikut apa yg kita buat...
cth: bila aku xpkai kopiah spanjang induksi & orientasi, aku boleh berkomunikasi dengan baik dengan semua, bukankah dkwah itu perlukan komunikasi? tapi...bila aku berkopiah semalam, ramai yang sudah non-aktif dengan adanya aku disana..kenapa? sebab orang kononnya hormat org yg berkopiah sebagai alim (mentaliti melayu sekular)...

jadi aku boleh membuat kesimpulan terus yang semasa si kampus, terutamanya uniten...kita perlu menjadi 'seperti' mereka luaran...tapi jgn jadi seperti mereka dalaman utk mendekati mereka...

byk masa aku, ko, kita kan kat luar kampus...terutamanya ko yg da nk grad..nanti kalau ko udah tak terlibat dgn kampus mmg ku mengharapkan korang2 semua termasuk diriku ini pakai kopiah+serban+jubah...macam ust Harun Taib...Insya-Allah...Takbirr!

sufi_belayar said...

Thanks 4 d comment jihadist.

1. Posting ini adalah ditujukan kepada mereka yang segan atau takut berbuat baik kerana persekitaran sekeliling. Skopnya adalah berkisar kepada berbuat baik tanpa segan.

Ia tak kisah amalan apa, dari yang sunnah seperti berkopiah kepada yang wajib seperti menutup aurat. Bukannya khusus kepada berkopiah ataupun berserban. Dengan harapan supaya rakan-rakan lain dapat buat baik walaupun sekecil-kecil perkara tanpa segan dan silu dengan persekitaran sekeliling

2. Actually memang orang takut nak datang kepada orang berkopiah. Jadi, orang berkopiah kena tunjukkan akhlak yang baik datang kepada yang lain. InsyaAllah mentaliti segan untuk bergaul dengan orang berkopiah akan hilang. At least diorang segan nak buat benda-benda tak elok depan orang berkopiah. (Dan dalam masa sama orang berkopiah segan nak buat benda-benda tak elok depan orang ramai)

3. Tapi ana hormat pandangan enta syeikh, tak jadi masalah. Kalau enta rasa yang tidak berkopiah itu baik untuk dakwah dalam suasana uniten, ana akan galakkan. Asalkan baik dan jangan segan buat baik.